Saturday, August 19, 2017

Kembara Geng 'WE' diteruskan dan kali ini menuju destinasi di daerah Tapah dan Manjung Perak Darul Ridzuan. Perjalanan dimulakan dari 'stesen komuter Shah Alam' (5 Ogos 2017)yang mana aku, ER1 dan Mat Roy berjumpa dan memulakan kembara santai ini.
Lebih kurang jam 9++ malam perjalanan ke Tapah bermula dan sampai di Kg Banir, Temoh Perak kira2 jam 1130 mlm. Setelah 'supper' yg agak berat ..chicken chop di depan Kg Banir kami singgah dan bermalam di rumah tinggalan mertua ER1 iaitu di Kg Banir...

Setelah puas bergossip dan berdengkur....kami memulakan perjalanan pagi dengan bersarapan di warung roti canai Kg Banir...terletak berhampiran Taman rekreasi Tasik Temoh










 Kami sampai di kawasan rekreasi Lata Kinjang kira2 jam 8 pago dan suasana masih sunyi dan mendamaikan,,,anatara 'moments' yang dapat dikongsi di Lata Kinjang :-





Ini pula diambil dari DSLR :-





Seterusnya perjalanan diteruskan menuju ke Teluk Intan dan Teluk Batik...dan antara gambar-gambar yang dapat diambil seperti :-






dan lagi.....





Selepas 'menjamu mata' dan dibakar hangit di Teluk Batik..kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur ..kira2 jam 3lebih petang..dan selamat tiba ke Stesen Komuter Shah Alam kira2 jam 8 malam...Jumpa lagi di kembara seterusnya Geng WE...





Sunday, May 21, 2017

KL-Bentong

Rewang - rewang santai bersama Yanin & Roy (Shahrul) ....KL - Bentong....nikmati perjalanan indah jalan lama ...terserempak ular daun ketika singgah minum di gerai tepi jalan ....
Air Terjun Chamang
Jalan lama ke Mimaland?

Monday, May 15, 2017

assalammualaikum.....

lama x bersiaran...ehh berblog..hahaha.... almaklum sejah ada wassap...dah kureng ke blog..pape post ja kat situ kan... tapi kali ni nak blog kembali...

Tuesday, July 1, 2008

Bahasa Melayu

Ingin tahu tentang Bahasa Melayu? Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.
ايڠين تاهو تنتڠ بهاس ملايو؟ بهاس ملايو اداله سبواه بهاس اوسترونيسيا دان ممڤوڽاءي كاءيتن يڠ راڤت دڠن بهاس٢ ايتنيك لاءين يڠ دتوتوركن دنوسنتارا. بهاس اين دتوتوركن دسلوروه كڤولاون ملايو نوسنتارا يڠ انتاراڽ ايندونيسيا, مليسيا, بروني, سيڠاڤورا, سلاتن تايلند, سلاتن فيليڤينا ماله سهيڠڬا ڤولاو كريستماس داوستراليا. بهاس ملايو جوڬا ڤرنه منجادي بهاس ليڠڬوا فرنكا ڤد كمونچق كسلطانن ملايو ملاك. سجق كبلاكڠن اين كڤنتيڠن بهاس ملايو سماكين دسداري اوليه مشاركة ددنيا.
Want to know about Malay? The Malay language is of Austronesian stock, spoken mainly in the Malay Archipelago of Southeast Asia namely the countries of Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, Southern Thailand, the Southern Philippines and even as far as Christmas Island in Australia. The language achieved the status of lingua franca in the region during the height of the Malaccan Sultanate in the 15th and 16th century. As of late the importance of Malay as a language is being noted worldwide.
Le malais fait partie de la branche austronésienne, parlée principalement dans l'archipel malaisien de l'Asie du Sud-Est tel que l'Indonésie, la Malaisie, le Brunei, le Singapour, le Sud du Thaïland, les Philippines du Sud et même jusqu'à l'Île Chrismas en Australie. La langue a atteint le stade de lingua franca dans la région durant l'ascenssion du sultanat de Malacca au 15ème et 16ème siècle. Récemment, l'importance de la langue malaise est en train d'être remarquée par le monde entier.
El idioma Malayo es una lengua austronesia hablada por los malayos, originaria de el Archipiélago Malayo del Sureste de Asia a través de paises como lo son Indonesia, Malasia, Brunei, Singapur, Tailandia del Sur, el Sur de Filipinas y de hecho hasta la lejana "Chrismas Island" de Australia. El idioma llegó a tener el estatus de lengua franca en la región durante la época del Sultán de Malacca en el siglo XV y XVI. Es por eso que la importancia del idioma Malayo es reciente y de ello se han dado cuenta por todo alrededor del mundo.
Малайский язык принадлежит Австронезийской семье языков, на нём разговаривают на островах Малазийского архипелага в Южной Азии, в частности в странах Индонезии, Малайзии, Брунее, Сингапуре, Южном Таиланде, Южных Филиппинах и даже на острове Крисмас в Австралии. Язык достиг статуса лингва-франка в регионе во времена расцвета султаната Малакки в 15-ом и 16-ом столетиях. Сейчас малайский язык известен во всём мире.
هل تريد معرفة اللغة الملايوية؟ اللغة الملايوية هي لغة أوسترونيسية يتحدث بها الملايويون في جنوب شرق آسيا أساسا البلدان من إندونيسيا وماليزيا وبروناي وسنغافورة وجنوب تايلند وجنوب الفليبين وحتى بالنسبة جزيرة كريسماس في أستراليا. حققت اللغة "لينجوا فرانكا" في المنطقة خلال ذروة في السلطنة مالاكا في القرن الخامس عشر والقرن السادس عشر. صار أهمية اللغة الملايوية معروفة في العالم.
要知道关于马来语吗? 马来语属于南岛语系,主要通行于东南亚的马来群岛地区, 亦即印度尼西亚,马来西亚,文莱,新加坡,泰国南部,菲律宾南部甚至是远到澳大利亚的圣诞岛。 15-16世纪正是马六甲苏丹国的鼎盛时期,该语言成为当时这个区域的通用语。 此后,马来语的重要性开始被世界所重视。
要知道關於馬來語嗎? 馬來語屬於南島語系,主要通行於東南亞的馬來群島地區, 亦即印度尼西亞,馬來西亞,文萊,新加坡,泰國南部,菲律賓南部甚至是遠到澳大利亞的聖誕島。 15-16世紀正是馬六甲蘇丹國的鼎盛時期,該語言成為當時這個區域的通用語。此後,馬來語的重要性開始被世界所重視。
Die malaiische Sprache stammt von der austronesischen Sprachfamilie ab, die hauptsächlich im malaiischen Archipel in Südostasien gesprochen wird, im Einzelnen in Indonesien, Malaysia, Brunei, Singapur, Südthailand, auf den südlichen Philippinen, bis hin zur Weihnachtsinsel vor Australien. Die Sprache wurde in dieser Region zur Verkehrssprache während der Blütezeit des Sultanats von Malakka im 15. und 16. Jahrhundert. In letzter Zeit wird die malaiische Sprache weltweit verstärkt wahrgenommen.
マレー語はオーストロネシアの語系で、おもにマレー諸島の東南アジアであるインドネシア、マレーシア、ブルネイ、シンガポール、タイ南東部、フィリピン南東部そしてオーストラリアのクリスマス島でさえ話されています。マレー語がそういった地域の共通語になったのはマラッカのスルタン制が絶頂期にあった15世紀から16世紀にかけてでした。最近になってマレー語の言語としての重要性が世界的に注目されてきています。

Monday, June 30, 2008

Satu Juta Atau Populariti?

Salam pagi yg dingin... baru2 ini kita warga sukan kita dikejutkan dengan khabaran gembira imbuhan RM1 juta dan pencen RM5 ribu sebulan kepada athlit yang memenangi emas di temasya Olimpik Beijing Ogos ini. Berita ini tentu dapat membakar semangat athlit kita untuk meraih emas sulung Malaysia di Olimpik nanti.
Apa yang ingin saya musykil ialah cara agihan wang tersebut.. wajarkah seorang athlit sukan badminton yang memang kita ketahui hanya China, Indonesia, Korea, Denmark,Malaysia dan beberapa negara Asia lagi shj yg mampu meraih pingat mendapat RM1juta andai menang emas? Samakah taraf sukan badminton dengan olahraga, bolasepak, tenis atau renang di Olimpik? Jika anda menantap akhbar hari ini (bukan muka depan saya tidak minat dengan politik) dalam ruangan sukan, pemain Thailand Tamarine berjaya layak ke suku akhir tenis Grand Slam Wimbledon selepas menewaskan Jelena Jankovic, di mana athlit tenis Malaysia? Sukan tenis cukup popular di seluruh dunia dan berita tentang sukan ini dapat diikuiti di selruh dunia.. ini berbeza dengan sukan badminton, squash, sepak takraw atau boling padang yang mana nama pemenang emas Olimpik sukan ini hanya dipaparkan dalam ruangan keputusan di banyak negara di dunia... oleh itu fikirkan kembali.. jangan membazir... agihlah wang yang ada dengan cara bijak...

Wednesday, June 4, 2008

Minyak oh Minyak!



Harga petrol di Malaysia mencapai paras kenaikan tertinggi dalam sejarah apabila kerajaan mengumumkan kenaikan sebanyak 0.78 sen seliter iaitu RM2.70 dari harga lama iaitu RM1.92 sen seliter yang berkuatkuasa jam 12.00 tgh malam 5 Jun 2008. Kenaikan ini amat mengejutkan rakyat dan pengguna kenderaan telah berpusu-pusu menyerbu ke stesen - stesn minyak seluruh negara untuk mengisi minyak penuh. Ternyata kenaikan tinggi akibat dari harga pasaran minyak global telah menyebabkan semakin rakyat manusia di seluruh dunia menderita...

Minyak Naik!!!

Akhirnya ketakutan rakyat Malaysia menjadi kenyataan apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan Diesel berkuatkuasa 12.00 tgh malam 5 Jun 2008. Kenaikan harga petrol sebanyak 40% atau 78sen itu merupakan kenaikan paling tinggi pernah dicatatkan oleh Malaysia dalam menaikkan harga petroleum. Nyata kenaikan ini telah membuatkan seluruh stesen minyak terutama di bandar2 besar sesak dengan orang ramai yang ingin mengisi minyak bagi mengelakkan dari terpaksa membayar harga baru selepas jam 12 malam.Nampaknya tahun ini adalah tahun yg amat perit buat kita dengan kenaikan harga barangan yang semakin tidak dapat dikawal lagi ditambah dengan kenaikan petrol, nyata glabalisasi dunia telah menghukum manusia dan kekayaan diraih oleh pemodal - pemodal antarabangsa..