Tuesday, July 1, 2008

Bahasa Melayu

Ingin tahu tentang Bahasa Melayu? Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.
ايڠين تاهو تنتڠ بهاس ملايو؟ بهاس ملايو اداله سبواه بهاس اوسترونيسيا دان ممڤوڽاءي كاءيتن يڠ راڤت دڠن بهاس٢ ايتنيك لاءين يڠ دتوتوركن دنوسنتارا. بهاس اين دتوتوركن دسلوروه كڤولاون ملايو نوسنتارا يڠ انتاراڽ ايندونيسيا, مليسيا, بروني, سيڠاڤورا, سلاتن تايلند, سلاتن فيليڤينا ماله سهيڠڬا ڤولاو كريستماس داوستراليا. بهاس ملايو جوڬا ڤرنه منجادي بهاس ليڠڬوا فرنكا ڤد كمونچق كسلطانن ملايو ملاك. سجق كبلاكڠن اين كڤنتيڠن بهاس ملايو سماكين دسداري اوليه مشاركة ددنيا.
Want to know about Malay? The Malay language is of Austronesian stock, spoken mainly in the Malay Archipelago of Southeast Asia namely the countries of Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, Southern Thailand, the Southern Philippines and even as far as Christmas Island in Australia. The language achieved the status of lingua franca in the region during the height of the Malaccan Sultanate in the 15th and 16th century. As of late the importance of Malay as a language is being noted worldwide.
Le malais fait partie de la branche austronésienne, parlée principalement dans l'archipel malaisien de l'Asie du Sud-Est tel que l'Indonésie, la Malaisie, le Brunei, le Singapour, le Sud du Thaïland, les Philippines du Sud et même jusqu'à l'Île Chrismas en Australie. La langue a atteint le stade de lingua franca dans la région durant l'ascenssion du sultanat de Malacca au 15ème et 16ème siècle. Récemment, l'importance de la langue malaise est en train d'être remarquée par le monde entier.
El idioma Malayo es una lengua austronesia hablada por los malayos, originaria de el Archipiélago Malayo del Sureste de Asia a través de paises como lo son Indonesia, Malasia, Brunei, Singapur, Tailandia del Sur, el Sur de Filipinas y de hecho hasta la lejana "Chrismas Island" de Australia. El idioma llegó a tener el estatus de lengua franca en la región durante la época del Sultán de Malacca en el siglo XV y XVI. Es por eso que la importancia del idioma Malayo es reciente y de ello se han dado cuenta por todo alrededor del mundo.
Малайский язык принадлежит Австронезийской семье языков, на нём разговаривают на островах Малазийского архипелага в Южной Азии, в частности в странах Индонезии, Малайзии, Брунее, Сингапуре, Южном Таиланде, Южных Филиппинах и даже на острове Крисмас в Австралии. Язык достиг статуса лингва-франка в регионе во времена расцвета султаната Малакки в 15-ом и 16-ом столетиях. Сейчас малайский язык известен во всём мире.
هل تريد معرفة اللغة الملايوية؟ اللغة الملايوية هي لغة أوسترونيسية يتحدث بها الملايويون في جنوب شرق آسيا أساسا البلدان من إندونيسيا وماليزيا وبروناي وسنغافورة وجنوب تايلند وجنوب الفليبين وحتى بالنسبة جزيرة كريسماس في أستراليا. حققت اللغة "لينجوا فرانكا" في المنطقة خلال ذروة في السلطنة مالاكا في القرن الخامس عشر والقرن السادس عشر. صار أهمية اللغة الملايوية معروفة في العالم.
要知道关于马来语吗? 马来语属于南岛语系,主要通行于东南亚的马来群岛地区, 亦即印度尼西亚,马来西亚,文莱,新加坡,泰国南部,菲律宾南部甚至是远到澳大利亚的圣诞岛。 15-16世纪正是马六甲苏丹国的鼎盛时期,该语言成为当时这个区域的通用语。 此后,马来语的重要性开始被世界所重视。
要知道關於馬來語嗎? 馬來語屬於南島語系,主要通行於東南亞的馬來群島地區, 亦即印度尼西亞,馬來西亞,文萊,新加坡,泰國南部,菲律賓南部甚至是遠到澳大利亞的聖誕島。 15-16世紀正是馬六甲蘇丹國的鼎盛時期,該語言成為當時這個區域的通用語。此後,馬來語的重要性開始被世界所重視。
Die malaiische Sprache stammt von der austronesischen Sprachfamilie ab, die hauptsächlich im malaiischen Archipel in Südostasien gesprochen wird, im Einzelnen in Indonesien, Malaysia, Brunei, Singapur, Südthailand, auf den südlichen Philippinen, bis hin zur Weihnachtsinsel vor Australien. Die Sprache wurde in dieser Region zur Verkehrssprache während der Blütezeit des Sultanats von Malakka im 15. und 16. Jahrhundert. In letzter Zeit wird die malaiische Sprache weltweit verstärkt wahrgenommen.
マレー語はオーストロネシアの語系で、おもにマレー諸島の東南アジアであるインドネシア、マレーシア、ブルネイ、シンガポール、タイ南東部、フィリピン南東部そしてオーストラリアのクリスマス島でさえ話されています。マレー語がそういった地域の共通語になったのはマラッカのスルタン制が絶頂期にあった15世紀から16世紀にかけてでした。最近になってマレー語の言語としての重要性が世界的に注目されてきています。

Monday, June 30, 2008

Satu Juta Atau Populariti?

Salam pagi yg dingin... baru2 ini kita warga sukan kita dikejutkan dengan khabaran gembira imbuhan RM1 juta dan pencen RM5 ribu sebulan kepada athlit yang memenangi emas di temasya Olimpik Beijing Ogos ini. Berita ini tentu dapat membakar semangat athlit kita untuk meraih emas sulung Malaysia di Olimpik nanti.
Apa yang ingin saya musykil ialah cara agihan wang tersebut.. wajarkah seorang athlit sukan badminton yang memang kita ketahui hanya China, Indonesia, Korea, Denmark,Malaysia dan beberapa negara Asia lagi shj yg mampu meraih pingat mendapat RM1juta andai menang emas? Samakah taraf sukan badminton dengan olahraga, bolasepak, tenis atau renang di Olimpik? Jika anda menantap akhbar hari ini (bukan muka depan saya tidak minat dengan politik) dalam ruangan sukan, pemain Thailand Tamarine berjaya layak ke suku akhir tenis Grand Slam Wimbledon selepas menewaskan Jelena Jankovic, di mana athlit tenis Malaysia? Sukan tenis cukup popular di seluruh dunia dan berita tentang sukan ini dapat diikuiti di selruh dunia.. ini berbeza dengan sukan badminton, squash, sepak takraw atau boling padang yang mana nama pemenang emas Olimpik sukan ini hanya dipaparkan dalam ruangan keputusan di banyak negara di dunia... oleh itu fikirkan kembali.. jangan membazir... agihlah wang yang ada dengan cara bijak...

Wednesday, June 4, 2008

Minyak oh Minyak!



Harga petrol di Malaysia mencapai paras kenaikan tertinggi dalam sejarah apabila kerajaan mengumumkan kenaikan sebanyak 0.78 sen seliter iaitu RM2.70 dari harga lama iaitu RM1.92 sen seliter yang berkuatkuasa jam 12.00 tgh malam 5 Jun 2008. Kenaikan ini amat mengejutkan rakyat dan pengguna kenderaan telah berpusu-pusu menyerbu ke stesen - stesn minyak seluruh negara untuk mengisi minyak penuh. Ternyata kenaikan tinggi akibat dari harga pasaran minyak global telah menyebabkan semakin rakyat manusia di seluruh dunia menderita...

Minyak Naik!!!

Akhirnya ketakutan rakyat Malaysia menjadi kenyataan apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan Diesel berkuatkuasa 12.00 tgh malam 5 Jun 2008. Kenaikan harga petrol sebanyak 40% atau 78sen itu merupakan kenaikan paling tinggi pernah dicatatkan oleh Malaysia dalam menaikkan harga petroleum. Nyata kenaikan ini telah membuatkan seluruh stesen minyak terutama di bandar2 besar sesak dengan orang ramai yang ingin mengisi minyak bagi mengelakkan dari terpaksa membayar harga baru selepas jam 12 malam.Nampaknya tahun ini adalah tahun yg amat perit buat kita dengan kenaikan harga barangan yang semakin tidak dapat dikawal lagi ditambah dengan kenaikan petrol, nyata glabalisasi dunia telah menghukum manusia dan kekayaan diraih oleh pemodal - pemodal antarabangsa..

Monday, June 2, 2008

Salam Pagi

Semalam, gerimis di Kuala Lumpur mengimbau kenangan silam waktu lalu, ketika jalan- jalan di Kuala Lumpur di limpahi dengan bas - bas mini, bas panjang Sri Jaya dan teksi hitam kuning...waktu itu tiada lagi LRT, Komuter aptah lagi monorel, namun sesaknya tetap sama. Kawasan tumpuan utama di Kuala Lumpur tika itu, tentunya di Chow Kit, Lebuh Pasar, Pasar Seni, Kompleks Pertama dan lain-lain. Kini kawasan - kawasan ini masih seperti dulu sibuk dengan ragam manusia pelbagai sifat, cuma yg berbeza gaya bahasa mereka dan raut wajah....
Inilah Kuala Lumpur tempatku dibesarkan dan mengerti erti kepayahan hidup..hayati lirik lagu kumpulan Alleycats, Senyumlah Kuala Lumpur

KualaLumpur senyumanmu Dipagi iniSungguh bererti Kerna cinta bersemi lagi Setelah kemarau panjang
Dilebuhraya Dipapan tandaTergambar wajahmu Dengan kalimat Cinta untuk kita Semoga kekal selamanya( korus )
Bila ku bisikan puisi cintaDan tugu peringatan negara Bagai tersenyum Dalam diam bergembira Memberi sokongan cinta Agar bersinar sentiasa
Berganding tanganKita berduaMenyusuri jalan Ditengah kotaSambil senandungkan laguLagu kisah cinta lama
Bilaku bisikan puisi cintaDan tugu peringatan negara Bagai tersenyum Dalam diam bergembira Memberi sokongan cinta Agar bersinar sentiasa
Terimakasih kuucapkan Oh kepadamu Kuala Lumpur Kerna kau telah temukanCinta antara kami berdua...

Sunday, June 1, 2008

Sukan Hari ini

Rekod duni 100 meter dipecahkan!

Usain Bolts pelari pecut dari jamaica memecahkan rekod dunia acara 100 meter apabila mencatat kepantasan 9.72s pada perlumbaan akhir Reebok Grand Prix di Amerika Syarikat malam Sabtu lalu. Catatan Usain mengatasi pemegang rekod yang juga rakan senegara Asafa powell 9.74s, jelas jamaica adalah negara yg makin hebat dalam acara pecut ini dan bakal menjadi tumpuan utama pada sukan olimpik nanti . Berita lengkap boleh dilayari di sini http://sports.yahoo.com/olympics/news?slug=ap-ath-reebokgrandprix&prov=ap&type=lgns

Pancing Ikan



Minat memancing ? Jom G mancing kat Nigeria...

Realiti atau Fantasi?

Assalammualaikum dan salam pagi, semoga hari pertama bekerja untuk bulan Jun ini membawa kesejahteran buat kita semua... pagi ini mari kita bicara tentang realiti dan fantasi, ramai yang amat memniati program- program realiti yang tumbuh bak cendawan di negara kita selepas program Akademi Fantasia, ianya berakar umbi dari program realiti popular di Amerika Syarikat, Amrican Idol. Sebenarnya program ini sama sahaja sperti program mencari bakat beru dalam seni seperti program utama di negara ini sperti Bintang RTM dan sebagainya, cuma kali ini jurinya adalah penonton, dengan kuasa sms... apa yg dapat kita saksikan ialah sama.. hanya nyanyian dan suara yg kadang2 bagus dan ada juga yg belum layak menyanyi hatta di peringkat sekolah sekalipun!... program - program reklliti ini sebenarnya hanya menguntungkan penganjur, stesen televisyen dan juga pihak pembekal telekomunikasi yang menjadi jutawan bilionaire dengan program2 seperti ini.. sedangkan bakat2 yg ditonjolkan biasa sahaja dan tiada pembaharuan..dan yg lebih menyedihkan ialah dengan adanya program yg menawarkan hadiah RM1 juta kepada pemenang .. betapa ini satu pembaziran .. apalah bernilai sangat suara seorang bakat baru itu yg hanya diundi oleh penonton?Nyata wang tersebut lebih baik disalurkan kepada program realiti yg lebih berfaedah seperti 'Bersamamu dan juga Sayang disayang' Oleh itu fikirkan kembali tentang program2 realiti ini.. nyata ada pihak yg mengaut untung sedangkan kita terus ketandusan bakat hebat dalam dunia seni selepas Tan Sri P Ramlee, Sudirman, M Nasir, Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini dsbnya .. fikirkan...

Friday, May 30, 2008

Just another Share...

People who do lots of work...
make lots of mistakes
People who do less work...
make less mistakes
People who do no work...
make no mistakes
People who make no mistakes...
gets promoted
That's why I spend most of my time
sending e-mails & playing games at work
I need a promotion. hehehe

Thursday, May 29, 2008

Salam Petang!

Assalammualaikum dan salam sejahtera... sekadar berkongsi, :-


"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)